Bayi Jatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital

on Monday, December 17, 2012
Lihat video dibawah :
Kasihan! Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital | Ketika seorang bapa menanti saat kelahiran anaknya di wad bersalin, dirinya menjaditergamam apabila melihat kecil itu terjatuh ke . Bapanya mendakwadoktor dan bertugas cuai dalam menjalankan tugas. Dari segi akal fikiran yang waras, mana mungkin doktor dan jururawat tersebut sengaja berbuat demikian. Kejadian yang berlaku tidak disengajakan. Bagaimanapun, hati bapa mana yang tidak sayangkan anaknya bukan.


Sekadar gambar hiasan
Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjangwalaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun,apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.
Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif… tidak seperti bayi lain, katanya.

Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu… pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.

32 comments:

  1. Anonymous

    smoga baby sihat..amin..saya dulu gtu gak..mak saya ckp dgn nurse,saya nk bersalin dh ni..tp nurse ckp,awak bersalin esok..10hb..tup2 kuar la saya ke dunia..nasib baik nurse sempat sambut..tp itu sulu..1980..x sangka lak 2012 pun ada jd gak..didoakan semoga baby sihat..amin...

    Reply
  2. Ya Allah Ya Tuhanku..Kau selamatkan lah bayi zulfahmi itu dari malapetaka..moga2 sihat dan normal mcm baby2 lain amin...

    Reply
  3. ASTAGHFIRULLAHALHAZIM!!

    LAWAK:
    MISTERI:
    SERAM:

    Reply
  4. Ya Allah...semoga baby sihat....kes sama dia Klinik Pakar Wanita Razif Norana Klang...biras saya lahirkan anak dan meninggal sebab doc and nurse x sempat sambut baby. Kepala baby terhantuk kuat pada katil bersalin. Dalam proses mahkamah.

    Reply
  5. moga bayi awak sihat..jgn risau.. setiap bayi yg baru lahir di dunia di lindungi oleh para malaikat. semoga Allah selamatkan bayimu dr sebarang perkara yg x diingini.. aminnn

    Reply
  6. I rase better u buat checkup kat hospital lain or pegi private hosp. cos sometime dorg nk jage reputations dorg jugak...u should ask black & white n ape jaminan hospital tu dkt family u in the future...dont let them manipulate org2 biase mcm kt yg xtahu ape2 pasal medix..I've face it!!!

    Reply
  7. pihak hospital serdang mmg cuai..ada kek akak kwn sy nk sebijik cmni..baby dh nak keluar tp smpat lg dia suh akak kwn sy tu pergi panggil sendiri suaminya klu x silap, akak 2 dh ckp yg baby dia ase dh nk keluar..x sempat dia nk pergi baby 2 dh keluar..ermmm pihak hospital serdang mmg cuai ckit kot.

    Reply
  8. Better u di3 bwk baby die pegi private or others hosp buat medical checkup I just takot je pihak hospital tu nk make sure die punye reputation..then u should ask the black n white all the medical report then u kene tanye ape jaminan dorg dkt anak u in the future...

    Reply
    Replies
    1. Actually hosp prvate yg lbih2 mnjaga reputation..klu ada sbrng kmplikasi hosp prvate akan tolak kes ke hosp gov..x pyh la nk bngga sgt dgn private 2..sllu mnyush kn pihak hosp krjaan ada la..kna tnggung ksilapan pihak diorng..

    2. Boss hosp private pun x suka nk tolak kes kat goverment la... Tapi dah pt x mampu nak wat camner... X pyh nk kutuk private sgt.

  9. I rase better u buat checkup kat hospital lain or pegi private hosp. cos sometime dorg nk jage reputations dorg jugak...u should ask black & white n ape jaminan hospital tu dkt family u in the future...dont let them manipulate org2 biase mcm kt yg xtahu ape2 pasal medix..I've face it!!!

    Reply
    Replies
    1. belum tentu lagi hospital private x buat kesilapan yg same..semua ketentua Illahi..tiada ape yg dapat melawan jika sudah tertulis begitu..

      hope baby selamat n sihat amin....

  10. Semoga Allah sentiasa melindungi anak encik Zulfahmi... Aamiiin....
    Btw bwa checkup ditempt hospital lain...

    Reply
  11. Semoga. Allah lindungi dia.Aminnnn

    Reply
  12. semoga baby awak sihat n x der aperx2 yg buruk akan berlaku dikemudian hari...

    Reply
  13. Semoga baby en zulfahmi sihat n selamat amin .....

    Reply
  14. Kita bimbang kalau pihak hospital sembunyikan kecacatan bayi tersebut dan kalau benar tak cacat bersyukurlah kepada ALLAH SWT.

    Reply
  15. Insyaallah sihat bb kamu....
    ....apa kata gantung je keja doktor itu....sungguh x senonoh menjlnkn tugas...ini melibatkan nyawa tau....penat ibunya bawa 9 bln....adoi ai...

    Reply
  16. Jgn ingt private hosp tu bgs sgt....mmg nmpk bgs coz diaorg hny managed kes 2 yg kurang b.risiko...if ade risiko @ infectious kes tolak gov.gak...if kes ibi b.salin ade komplikasi refer gov gak...bkn yg kt private tu specialist..tp pegawai perubatab biasa yg kurang pengalaman tp resign dr gov.sb nk cr duit lbh....

    Reply
  17. Ape2 pn didoakn baby ni selamat dr sbrg kecederaan....u can ask for a futher cek up...investigation...2nd opinion.....from hosp.

    Reply
  18. Semoga Baby em zulfahmi sihat seperti baby2 yg lain... amin!!!.

    Reply
  19. Semoga baby sihat seperti baby2 yg lain.....

    Reply
  20. Semoga Baby em zulfahmi sihat seperti baby2 yg lain... amin!!!.

    Reply
  21. Klau aku aku saman 10juta. ...doktor cuai mnjalnkn tugas.....cari je peguam

    Reply
  22. hmm time aku besalin dlu...doc bole siap jwb call lg dgn suruh nurse yg pegang fon die..time tu kpale baby da kluar.. biadap kn... nasib baik baby slamat dlahirkan.. doc2 ni pon ak x tau nak ckp la dorg pnye kcuaian kadang2 x leh diterima..

    Reply
  23. mak sy lagi hebat huhu...brsalin sorg2 xde org sambut xsempat nk panggil sape2.. sakit perut biasa2 je tau2 baby nk kuar, sy tergaman tgk adik kuar n terjatuh dr ats katil ke bawah... alhamdulilah syukur sumenyer selamat mak cepat2 bgun ambik baby.. dan sy kuar g pangil jiran....

    Reply
  24. percaya kepada tuhan......

    Reply
  25. tak semua hospital private tu tak bagus, jangan buat generalisation. my suggestion pergi buat check up di gleneagles. banyak specialist yang bagus2. saya suggest dr.lim under specialist clinic (paed). i byk complication time pregnant & bersalin tapi my gynae dr.ravi (specialist clinic - gleneagles) tak pernah tolak kes pun, he's very attentive & concerned. semuanya bergantung pada individual, kerja kena ikhlas & minat bukan hanya untuk duit je. bila kerja untuk duit sebab tu la kerja tangkap muat je. nyawa bukan boleh dijual beli.

    Reply

Recent Posts