(2 GAMBAR) Reaksi Neelofa Tentang Betisnya Macam Batang Pisang

on 12/14/2012
Lihat video dibawah :

Neelofa. Dia cantik, popular dan ada saja cerita kontroversi yang mengaitkan namanya. Baru saja reda dengan beberapa siri kontroversi termasuk kisah cinta bersama Hans Isaac, nama pelakon ini kembali 'panas' ekoran pereka fesyen, Nurita Harith mendakwa pengacara program Meletop itu bersikap kurang ajar dan tidak profesional di akaun Twitter miliknya.
Namun baru-baru ini ada pula yang mengkritik tentang betis aktres cantik ini besar seperti batang pisang.

"Kelakarlah kalau nak komen tentang kaki sendiri. Saya jenis yang pakai apa sahaja yang saya suka dan mengikut keselesaan saya. Setakat ini saya gembira dengan apa yang saya pakai dan bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya", katanya kepada .

Sementara itu mengenai isu kurang ajar, Neelofa memohon maaf kerana dia tidak mahu komen tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi dia dalam keadaan gembira kerana dia mahu Dubai untuk bercuti bersama keluarga.

.
- kredit foto Cipotredz

2 comments:

Recent Posts